TEKNIK MEMOTONG BAGI PENUNGGANG MOTOSIKAL


Ketika menunggang motosikal adakalanya kita perlu memotong kenderaan lain jesteru itu bagi penunggang yang berhemat perlu mematuhi peraturan untuk memotong kenderaan lain.

Untuk memotong  seorang penunggang itu memerlukan kecekapan serta pandangan imbas yang wajar dan mesti memahami dan mempelajari teknik-teknik memotong yang betul.

Untuk memotong kenderaan lain diperlukan sekiranya kita berada dalam keadaan berikut :-
i.                     Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan.
ii.                   Apabila kenderaan di hadapan menukar haluan.
iii.               Apabila mengekori kenderaan di hadapan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan.


Terdapat 10 perkara yang perlu diamalkan semasa mengambil keputusan untuk memotong iaitu :
i.                     Berada di belakang
Mengekori dari jarak yang selamat dengan mengamalkan peraturan 2 saat atau 4 saat.

ii.                   Periksa di hadapan
Sentiasa mengamalkan peraturan 12 saat pada setiap masa dengan membuat pandangan jauh ke hadapan. Adalah perlu diingatkan setiap kali memotong anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 saat untuk melepasi kenderaan yang dipotong.

iii.                  Memeriksa di belakang
Pastikan tidak ada kenderaan lain yang cuba memotong sebelum penunggang memotong. Ini boleh dilakukan dengan melihat cermin sisi dan menoleh ke belakang seketika.

iv.                 Memberi isyarat ke kanan
Memberi isyarat untuk bergerak ke kanan sekurang-kurangnya 3 saat. Pada masa yang sama peraturan 12 saat terus di amalkan.

v.                   Bergerak ke kanan
Pastikan mempunyai nr4uang yang cukup dan selamat sebelum bergerak ke kanan.

vi.                 Melajukan kenderaan
Pada ketika ini penunggang sudah berada di lorong memotontg. Adalah dinashatkan supaya mengawal dan memotong dengan berhati-hati. Penunggang juga hendaklah memotong dengan kelajuan yang dibenarkan dan mematuhi had laju yang ditetapkan.

vii.                Komunikasi
Sebaik saja kenderaan melintas kawasan yang terlindung (blink spot) penunggang dinasihatkan supaya membunyikan hon ataupun memberi isyarat dengan menggunakan lampu isyarat sebagai tanda berkomunikasi sedang memotong.


viii.              Memberi isyarat ke kiri
Penunggang sekali lagi hendaklah memberikan isyarat ke kiri sekurang-kurangnya 3 saat. Pada masa yang sama juga hendaklah menggunakan jangkaan jarak yang selamat sebelum bergerak ke kiri.

ix.                 Bergerak ke kiri
Sebelum bergerak ke kiri, pastikan penunggang mempunyai ruang yang cukup untuk berada di hadapan kenderaan yang dipotong. Penunggang motosikal  boleh bergerak ke kiri sebaik saja penunggang dapat melihat kenderaan yang di potong melalui cermin sisi.

x.                   Menyambung perjalanan
Tentukan penunggang motosikal berada di lorong yang betul dengan mengambil kira peraturan 2 saat bagi kenderaan di belakang dan peraturan 12 saat untuk pandangan  kehadapan.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin mengambil  lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu  Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN   untuk  lesen  motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan  peramah dan pastinya akan memberikan  keselesaan kepada peserta kursus.


Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.



Comments