Kata orang tua-tua jikalau
rajin bermain pisau mungkin sautu hari akan terhiris jari jadi begitulah juga
sekiranya kita menjadi pengguna jalan raya, mungkin selama ini kita selamat
tidak pernah mengalami kemalangan tapi mungkin suatu hari nanti.
Memang kita menunggang
dengan baik mengikut segala peraturan jalan raya tetapi mungkin pengguna lain
tidak. Dan mungkin juga kita mengalami kerosakan mekanikal ketika menunggang dan
sebagainya.
Jadi sekiranya kita terlibat
dalam kemalangan pastikan kita memberi perhatian atas beberapa perkara yang di
senaraikan di bawah :-
i.
Berhenti dan memberi
amaran kepada pengguna jalan raya lain.
ii.
Nyalakan lampu amaran
yang terdapat pada motosikal anda.
iii.
Pastikan sesaorang
atau anda sendiri menelepon pihak ambulan sekiranya ada mangsa yang memerlukan
bantuan.
iv.
Pastikan keadaan
kemalangan adalah selamat dari gangguan trafik lain.
v.
Jangan letakkan diri
anda dalam situasi berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.
vi.
Jangan sekali-kali
meninggalkan topi keledar penunggang motosikal yang terlibat kemalangan apabila
mereka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri melainkan anda pasti tindakan
anda mampu mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada mereka seperti kesesakan
penafasan.
vii.
Jangan memberi
apa-apa makanan dan minuman dan bahan lain kepada mangsa kemalangan jalan raya.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek
Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil yang
ingin mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai . Program myLESEN untuk lesen motosikal
dengan bayaran RM299.00 masih
berjalan.
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana
semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai
pasarana yang baru serta mempunyai
tenaga pengajar yang profesional
dan peramah dan pastinya akan
memberikan
keselesaan kepada peserta kursus.
Keterangan lanjut sila hubungi talian
04-485 1125 atau 04-572 1125
Sekiranya anda lapang boleh juga layari
FB Page kami.
Comments
Post a Comment